Purdah ialah penutup muka yang
hanya terbuka pada bahagian mata sahaja utk melihat.hukum memakai purdah\niqab
harus dan tidak ada larangan kecuali ketika waktu ihram dalam ibadah haji dan
umrah sahaja.
Baiklah,dapat kita lihat di
sekeliling kita ramai di kalangan remaja perempuan mahupun yang sudah berkahwin
lebih tertarik dengan pemakaian niqab\purdah.persoalannya di sini,adakah mereka
betul2 ikhlas dengan pemakaian niqab\purdah? dan adakah dengan pemakaian
niqab\purdah ini menunjukkan bahawa iman seseorang itu tinggi.?
Sejak kebelakangan ini sudah
menjadi trend di laman sosial mahupun di mana penampilan islamik seperti
memakai purdah \niqab menjadi pilihan sesetengah masyarakat.Diakui apa yang
mereka lakukan amat baik dituntut oleh agama disamping memperoleh ganjaran
pahala,dan ada yang sebenar-benarnya memang istiqamah memakai purdah.
Tetapi yang dipersoalkan
adalah,ada diantara meraka memakai purdah semata-mata untuk kelihatan
cantik,seperti sedia maklum memakai purdah adalah salah satu sebabnya untuk mengelakkan
pandangan orang lain terutamanya lelaki ajnabi terhadap kita.tetapi apa yang
dilihat ada segelintir mereka yang memakai purdah sering memuat naik gambar
mereka berpurdah dan gambar tidak berpurdah.
Selain itu,dengan pemakaian
niqab\purdah bukanlah melambangkan tahap keimanan seseorang itu tinggi ataupun
rendah,tahap keimanan seseorang tersebut bukanlah dapat diukur dengan pemakaian
niqab\purdah,ada yang memakainya kerana ingin menjaga batasan pergaulan mahupun
menjadi tatapan para ajnabi diluar sana.
Namun,kini terlalu ramai yang
memakai purdah tetapi seolah tidak berfurdah.ini kerana ramai yang ingin
memakai furdah\niqab kerana ingin berasa diri itu lebih cantik.setiap orang
pasti akan ada alasanya tersendiri mengapa ia ingin\tertarik dengan pemakaian
furdah\niqab.ada yang sesetengah di kalangan mereka memakai furdah\niqab kerana
ingin mengelakkan pandangan dari ajnabi.
Kesimpulannya di sini,tahap
keimanan seseorang itu bukanlah dapat kita ukur melalui pemakaian niqab\furdah
malah,ia diukur melalui tahap ketaqwaan diri kita.
Dengan itu,janganlah kita mengukur tahap keimanan seseorang melalui cara pemakaian niqab.
sekian.
Dengan itu,janganlah kita mengukur tahap keimanan seseorang melalui cara pemakaian niqab.
sekian.
pemakaian purdah @ niqab bukanlah satu fashion. betul kan ? ramai orang sekarang lebih mementingkan fashion daripada segalanya . bagus pengisian blog ni 🤗
ReplyDeleteTq info yg berguna
ReplyDelete