Tuesday, 8 May 2018

PEMAKAIAN NIQAB,ADAKAH IA MENUNJUKKAN IMAN KITA TINGGI ATAU RENDAH?


Purdah ialah penutup muka yang hanya terbuka pada bahagian mata sahaja utk melihat.hukum memakai purdah\niqab harus dan tidak ada larangan kecuali ketika waktu ihram dalam ibadah haji dan umrah sahaja.

Baiklah,dapat kita lihat di sekeliling kita ramai di kalangan remaja perempuan mahupun yang sudah berkahwin lebih tertarik dengan pemakaian niqab\purdah.persoalannya di sini,adakah mereka betul2 ikhlas dengan pemakaian niqab\purdah? dan adakah dengan pemakaian niqab\purdah ini menunjukkan bahawa iman seseorang itu tinggi.?
Sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend di laman sosial mahupun di mana penampilan islamik seperti memakai purdah \niqab menjadi pilihan sesetengah masyarakat.Diakui apa yang mereka lakukan amat baik dituntut oleh agama disamping memperoleh ganjaran pahala,dan ada yang sebenar-benarnya memang istiqamah memakai purdah.

Tetapi yang dipersoalkan adalah,ada diantara meraka memakai purdah semata-mata untuk kelihatan cantik,seperti sedia maklum memakai purdah adalah salah satu sebabnya untuk mengelakkan pandangan orang lain terutamanya lelaki ajnabi terhadap kita.tetapi apa yang dilihat ada segelintir mereka yang memakai purdah sering memuat naik gambar mereka berpurdah dan gambar tidak berpurdah.

Selain itu,dengan pemakaian niqab\purdah bukanlah melambangkan tahap keimanan seseorang itu tinggi ataupun rendah,tahap keimanan seseorang tersebut bukanlah dapat diukur dengan pemakaian niqab\purdah,ada yang memakainya kerana ingin menjaga batasan pergaulan mahupun menjadi tatapan para ajnabi diluar sana.

Namun,kini terlalu ramai yang memakai purdah tetapi seolah tidak berfurdah.ini kerana ramai yang ingin memakai furdah\niqab kerana ingin berasa diri itu lebih cantik.setiap orang pasti akan ada alasanya tersendiri mengapa ia ingin\tertarik dengan pemakaian furdah\niqab.ada yang sesetengah di kalangan mereka memakai furdah\niqab kerana ingin mengelakkan pandangan dari ajnabi.

Kesimpulannya di sini,tahap keimanan seseorang itu bukanlah dapat kita ukur melalui pemakaian niqab\furdah malah,ia diukur melalui tahap ketaqwaan diri kita.
Dengan itu,janganlah kita mengukur tahap keimanan seseorang melalui cara pemakaian niqab.

sekian.


2 comments:

  1. pemakaian purdah @ niqab bukanlah satu fashion. betul kan ? ramai orang sekarang lebih mementingkan fashion daripada segalanya . bagus pengisian blog ni 🤗

    ReplyDelete