GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Peranan guru dalam perspektif Islam adalah sangat
meluas. Guru adalah penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud
guru atau pendidik mempunyai tugas yang mencabar.
Kita ketengahkan konsep Murabbi yang merujuk kepada
pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama
cuba mendidik rohani, jasmani, dan mental anak didiknya untuk menghayati dan
mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Hari ini, kita dapat lihat penerapan konsep tersebut
dalam etika para pendidik. Guru berperanan mengupayakan dengan ilmu dan
pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan
elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan bahan ransangan bagi mengoptimumkan
potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan
bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu
memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi
mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
Firman-firman Tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab
yang paling mulia, santun bahasa Pali yang mengubah Tripitaka bacaan setiap
penganut Buddha, atau helai-helai Veda yang dialun jadi lagu oleh pengamal
agama Hindu, juga baris Injil yang cekal dihayati oleh penuntut agama Trinity.
Semuanya membawa tujuan yang sama, ilmu wajib
diteroka. Maka, ibarat kompas dan peta, anak didik akan sesat tanpa cahaya yang
membawa mereka kearah kejayaan. Inilah tugas utama pendidik kita. Kita fahami
makna “membina ilmu”. Ibarat jurutera dalam memastikan bangunan yang dibina
kukuh dan kekal utuh, maka guru adalah jurutera yang membina dan menanam ilmu
dalam setiap individu serta mewujudkan kualiti dalam setiap insan dan keilmuan.
Hari ini, kita selaku anak didik amat bertuah kerana
pendidikan yang dibawa oleh guru-guru tidak terbatas kepada kurikulum
sahaja. Malah, budaya yang telah
membuahkan hasil memberi kesan yang mendalam terhadap perubahan gaya
penyampaian ilmu kepada kita. Para pendidik telah menanamkan sifat
“menyempurnakan” anak didiknya dari segala aspek yang berkemungkinan. Kita
dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri dimana penekanan nilai keagamaan
yang selari dengan penerapan kurikulum telah Berjaya melahirkan masyarakat yang
seimbang baik dari segi keilmuan dan kerohanian. Kepada siapa lagi wajar kita
kalungkan penghargaan terhadap kejayaan besar ini kalau bukan warga pendidikan?
Dapat saya simpulkan peranan guru dalam membina ilmu
dan menyempurnakan akhlak anak didiknya. Saya tertarik dengan konsep Profesion
Guru Jutawan Akhirat kerana sememangnya guru merupakan insan yang mulia dan
patut kita bangga dengannya. Lihat apa yang terbentang dihadapan mata. Satu
benua anak didik untuk dilaburkan dalam saham akhirat. Maka benar apa yang
dikatakan, Profesion Guru Jutawan Akhirat.
Terima Kasih buat semua warga pendidik.
info yang bermanfaat.. terima kasih
ReplyDeleteBacaan yang bagus ..
ReplyDeleteMenarik konsep Profesyen Guru Jutawan Akhirat 👍👍👍
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletePenulisan yg baik
ReplyDeletesangat bagus
ReplyDeleteAlhamdulillah ilmu yang bermanfaat 👍 terbaikkk !
ReplyDeleteAlhamdulillah ilmu yang bermanfaat 👍 terbaikkk !
ReplyDeleteIsu semasa yang baik untuk masa kini
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Penulisan yang baik serta bermanafaat..
ReplyDelete#profesiongurujutawanakhirat
Alhamdulillah.. Penulisan yang menarik & bermanfaat untuk semua..
ReplyDeleteAbsolutely true.. Penerangan yg sngt bagus.
ReplyDeleteIlmu yang sangat bermanfaat.
ReplyDeleteIlmu yang sangat bermanfaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah,penulisan yang bagus
ReplyDeleteAlhamdulillah , semoga ilmu bermanfaat untuk semua , InshAllah aminnn
ReplyDeletewow ilmu yang bermanfaat .bagus2
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerbaik.. moga ketemu lagi di lain masa
DeleteBaguss✨🌹
ReplyDeletePenulisan yang menarik ��
ReplyDeletepenulisan bagus . kata kata bernas . syabas anak muda
ReplyDeleteAlhamdulillah , siap akhirnya , semoga teruskan usaha untuk yang lebih maju InshAllah. Usaha tangga kejayaan . Chaiyokkk
ReplyDeletesangat bermanfaat untuk semua pembaca. teuskan berdakwah 🤗
ReplyDelete