Monday, 7 May 2018

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK


GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Peranan guru dalam perspektif Islam adalah sangat meluas. Guru adalah penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud guru atau pendidik mempunyai tugas yang mencabar.

Kita ketengahkan konsep Murabbi yang merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Hari ini, kita dapat lihat penerapan konsep tersebut dalam etika para pendidik. Guru berperanan mengupayakan dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan bahan ransangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

Firman-firman Tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab yang paling mulia, santun bahasa Pali yang mengubah Tripitaka bacaan setiap penganut Buddha, atau helai-helai Veda yang dialun jadi lagu oleh pengamal agama Hindu, juga baris Injil yang cekal dihayati oleh penuntut agama Trinity.

Semuanya membawa tujuan yang sama, ilmu wajib diteroka. Maka, ibarat kompas dan peta, anak didik akan sesat tanpa cahaya yang membawa mereka kearah kejayaan. Inilah tugas utama pendidik kita. Kita fahami makna “membina ilmu”. Ibarat jurutera dalam memastikan bangunan yang dibina kukuh dan kekal utuh, maka guru adalah jurutera yang membina dan menanam ilmu dalam setiap individu serta mewujudkan kualiti dalam setiap insan dan keilmuan.

Hari ini, kita selaku anak didik amat bertuah kerana pendidikan yang dibawa oleh guru-guru tidak terbatas kepada kurikulum sahaja.  Malah, budaya yang telah membuahkan hasil memberi kesan yang mendalam terhadap perubahan gaya penyampaian ilmu kepada kita. Para pendidik telah menanamkan sifat “menyempurnakan” anak didiknya dari segala aspek yang berkemungkinan. Kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri dimana penekanan nilai keagamaan yang selari dengan penerapan kurikulum telah Berjaya melahirkan masyarakat yang seimbang baik dari segi keilmuan dan kerohanian. Kepada siapa lagi wajar kita kalungkan penghargaan terhadap kejayaan besar ini kalau bukan warga pendidikan?

Dapat saya simpulkan peranan guru dalam membina ilmu dan menyempurnakan akhlak anak didiknya. Saya tertarik dengan konsep Profesion Guru Jutawan Akhirat kerana sememangnya guru merupakan insan yang mulia dan patut kita bangga dengannya. Lihat apa yang terbentang dihadapan mata. Satu benua anak didik untuk dilaburkan dalam saham akhirat. Maka benar apa yang dikatakan, Profesion Guru Jutawan Akhirat.

Terima Kasih buat semua warga pendidik.



24 comments:

  1. info yang bermanfaat.. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Menarik konsep Profesyen Guru Jutawan Akhirat 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ilmu yang bermanfaat 👍 terbaikkk !

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ilmu yang bermanfaat 👍 terbaikkk !

    ReplyDelete
  5. Isu semasa yang baik untuk masa kini

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Penulisan yang baik serta bermanafaat..
    #profesiongurujutawanakhirat

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Penulisan yang menarik & bermanfaat untuk semua..

    ReplyDelete
  8. Absolutely true.. Penerangan yg sngt bagus.

    ReplyDelete
  9. Ilmu yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  10. Ilmu yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah,penulisan yang bagus

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah , semoga ilmu bermanfaat untuk semua , InshAllah aminnn

    ReplyDelete
  13. wow ilmu yang bermanfaat .bagus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terbaik.. moga ketemu lagi di lain masa

      Delete
  14. Penulisan yang menarik ��

    ReplyDelete
  15. penulisan bagus . kata kata bernas . syabas anak muda

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah , siap akhirnya , semoga teruskan usaha untuk yang lebih maju InshAllah. Usaha tangga kejayaan . Chaiyokkk

    ReplyDelete
  17. sangat bermanfaat untuk semua pembaca. teuskan berdakwah 🤗

    ReplyDelete