Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca yang disayangi dn dihormati . semoga berada dalam rahmat Allah hendaknya. okay first tujuan coretan saya ini adalah untuk membahaskan dan membincangkan mengenai isu janji tidak ditepati. Berdasarkan pengalaman saya sebagai mahasiswa di sebuah IPT isu mengenai janji yang tidak ditepati ini adalah tentang janji pihak universiti untuk menawarkan peluang kepada penuntut mahasiswa di IPT ini untuk menyambung pelajaran ke luar negara seperti JORDAN DAN MESIR. pada mula-mula masuk di IPT ni dahulu dikatakan peluang menyambung ke luar negara di peringkat ijazah amatlah mudah dan luas namun ianya hanya tinggal" SEMBANG KARI " pada akhirnya. apa dah jadi ?? saya tak pasti sama ada kita takut mahupun buat endah tak endah untuk fight kan hak kita. Sanggup kah kita terus mendiamkan diri dan tidak mempertahankan hak kita yang selama ni dijanjikan.
Pada pendapat saya, pihak universiti tidak sepatutnya berbuat demikian kerana sesungguhnya harapan dan janji yang diberikan kepada student bukan sahaja mengecewakan student malah kepada ibu bapa juga. kecewa dia tu lebih teruk dari kecewa putus cinta hampa oiiii .cehhh !! 😝😝 Sakit hati tau bila janji yang dibuat, orang tak tepati ni huhu .korang mesti pernah kan rasa perasaan ni. hurmm..bukan nak kata apa la kan. bila ditanya tentang janji yang dibuat tu masing-masing melepaskan tangan sahaja dan buat-buat tak tahu. waduhh lagi bertambah sakit hati sis ni tau.hahaha. macam direnyuk-renyuk kan jer hati ni.* tudiaaa nmpak tak level kecewa tu * hahaha.
Kita boleh ubah dan fight kan hak kita dgn syarat kita berganding bahu perjuangkan hak kita, ayuh bangkit ! jangan pernah menyerah kalah , jadikan mimpi anda selama ini menjadi kenyataan. sekiranya seorang sahaja yang berani maka suara itu menjadi kecil. Berkata dan mengutuk belakang bukanlah akhlak seorang mahasiswa yang baik dan berbudi terutamanya apabila univesiti membawa slogan " RAHMATAN LIL ALAMIN". Mungkin usaha kita memperjuangkan hak ini mulai sekarang memberi seribu kebaikan kepada orang lain malah mendapat pahala yang besar oleh ALLAH SWT pada satu hari nanti. IN SHA ALLAH.. AYUH BANGKIT JADIKAN SUARA KITA DIDENGARI DAN DITEPATI BUKAN LAGI DICAPATI.. 💪
Ye sya sokong.. Kita ptt BANGKIT!!!
ReplyDeleteKesiannya... Susahkan kalau jadi begini .. Sepatutnya pihak berkenaan perlu sampaikan sesuatu yang benar . kalau sesuatu yang tidak pasti tak perlu diwar-warkan semata-mata menarik para pelajar belajar di institusi berkenaan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetul tuu.kesian dekat students..pihak yang berkenaan tu kenalah ambil perhatian..
ReplyDeleteSaya sokong kerana perjuangn tu stu jihad .
ReplyDeleteBetul tu .jdi sye mintak kita sama sama jangan menyerah kalah .
ReplyDeleteYa betul saya sokong dgn coretan awak, pihak atasan hanya sekadar menabur janji sahaja, tak sepatutnya mereka hanya memberi harapan kepada student
ReplyDeletePerh..padu boh ayatnye...
ReplyDeleteBenar lagi benar,jom sama² bangkit tegakkan hak mahasiswa :D
ReplyDeletePerbahasan yang mantap puan 😄, tapi sahabat² semua, jika sekadar komen tidak cukup. We must take the action to gain it. Antara caranya,buat perbincangan dengan pihak yang berkaitan.
ReplyDeletebetul tu, kita kena bangkit tegakkan hak kita ✊🏻
ReplyDelete