Wednesday, 28 March 2018

PRU 14 Peranan Penting Mahasiswa


   Generasi muda merupakan aset penting bagi sesebuah negara, tanpa generasi muda yang aktif tidak adalah yang akan menyambung kepimpinan dan pentadbiran negara di masa akan datang.

   Justeru itu, perlu kita tahu terlebih dahulu bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. 5 tahun sekali seluruh rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sewajarnya akan keluar sebagai penentu siapa yang selayaknya memimpin dan menggurus tadbir urusan negara. Ia semestinya bukan sekadar undian kosong tanpa disebabkan oleh rasa tanggungjawab dan harapan yang tinggi. 

   Ketahuilah, sebagai mahasiswa iaitu mereka yang banyak memanfaatkan masa di institusi-institusi pengajian tinggi samada awam mahupun swasta mempunyai peranan besar dalam pilihanraya yang ke14 tidak lama lagi. Setiap buangan undi bakal menentukan siapa dan apa negara di masa mendatang. Inikan pula mahasiswa merupakan komuniti yang menggalas tanggungjawab penting di kalangan rakyat Malaysia.

   Selain itu, daya intelek yang sepatutnya ada pada diri mahasiwa dalam membuat pilihan kerana mereka merupakan golongan yang menuntut dalam pelbagai bidang dan ruang ilmu pengetahuan.
Hasil berfikir secara matang dan melalui pertimbangan ilmu menjadikan mahasiswa berperanan penting dalam pilihanraya ke14.

   Kesimpulannya, kesedaran dan galakan itu mestilah dipupuk dari awal lagi supaya tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia itu tidak diabaikan dengan begitu saja.  

4 comments:

  1. Alhamdulillah... Pengisian yg bagus dan boleh dijadikan panduan kepada mahasiswa....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Pengisian yg bagus dan boleh dijadikan panduan kepada mahasiswa....

    ReplyDelete
  3. Kesedaran terhadap tanggungjawab kepada negara . Bagus2

    ReplyDelete