Thursday, 3 May 2018

Mencari keredhaan dalam menuntut ilmu

Sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini,kita diperintahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Untuk menjadi khalifah,perlu kepada ilmu pengetahuan yang tinggi.Ilmu merupakan pemisah antara mereka yang tahu dengan mereka yang jahil(tidak tahu) sebagaimana firman Allah dalam surah az-Zummar ayat 9 yang maksudnya "Apakah sama orang-orang yang mengetahui[2] dengan orang-orang yang tidak mengetahui?,Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran".Ayat ini jelas menunjukkan kepentingan ilmu dan kita sebagai manusia telah berlajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh ilmu tetapi pernahkah kita berhenti sekejap dan berfikir,adakah ilmu kita selama ini mendapat keberkatan dan redha daripada-Nya.Pernahkan kita terfikir kenapa sesuatu ilmu yang pernah kita peroleh hilang dari ingatan kita seperti tidak pernah wujud pon sebelum ni.
Ilmu ini seperti cahaya, maka ilmu akan menjadi pudar dan malap disebabkan kejahilan dan kesilapan kita.Antara kesilapan kita dalam menuntut ilmu ialah :
1.    Salah niat dalam menuntut ilmu
Hal ini selalu nya terjadi dalam hidup seorang pelajar.Zaman sekarang,ramai perlajar niat menuntut ilmu semata-mata untuk mendapat segulung ijazah untuk dibangga-banggakan dengan kawan-kawan dan saudara mara.Janganlah sempitkan nilai ilmu.Sebagaimana ilmu itu luas,maka luaskan  nilai ilmu yang kita pelajari.Sandarkanlah niat kita dalam menuntut ilmu kepada yang Maha mengetahui dan dengan izin daripada-Nya,mudah-mudahan ilmu kita mendapat keberkatan dunia akhirat.

2.    Tidak mendapat keredhaan guru
Guru-guru merupakan orang yang bertanggungjawab mengajarkan ilmu.Jadi kita perlu menghormati mereka kerana keberkataan ilmu itu perlu kepada keberkatan mereka.Kadang-kadang kita tidak menghafal sesuatu ilmu kerana kita tidak menjaga adab dengan guru dan Islam merupakan agama yang terbaik dalam mengajarkan kita adab berguru.

3.    TIDAK MENJAGA PANDANGAN
Ilmu ni sifatnya seperti cahaya(Nur),jadi dia akan hilang kerana maksiat kita.Contoh nya seperti kisah Imam Syafie yang hilang hafalannya itu disebabkan maksiat.Jadi semasa kita mempelajari ilmu,perlulah kita menjaga diri dari terlibat dalam kemaksiatan.

Kesimpulannya,kita perlu menuntut ilmu secara betul sepertimana yang dikehendaki-Nya kerana menuntut ilmu merupakan perintah dari Allah sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Alaq ayat pertama yang bermaksud “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)”,Semoga ilmu kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Wallahu’alam bisshawab.


22 comments:

  1. sungguh ilmu itu sgt berguna buat manusia .semoga apa yg dikongsi dari saudara badrul ada manfaatnya

    ReplyDelete
  2. Penulisan ok je,,, cuma ada bahagian yg tak ikut standard dalam penulisan... Cth,,lepas titik kena jarak prkataan tu... Hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sangat bermanfaat.πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah , dan ilmu itu juga dsbbkan kita mendapat keredhaan ibu bapa

    Akhlak didahulukan and then ilmu akan mengiringi dgn kita perbetulkan akhlak , In Syaa Allah

    ReplyDelete
  6. Ilmu bermanfaat dah ,cuma banyak typo ni berlajar, pon ,sehat apakah??? ni mesti nak cepat niii aduyai badrul hashim

    ReplyDelete
  7. Nice info. Tambahan ilmu kepada kita sebagai seorang pelajar. Semoga ilmu Kita diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. Terbaik
    Cam gini πŸ‘πŸ‘
    Background bunge2 ler

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, perkongsian yg sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg bermakna utk student:)

    ReplyDelete
  11. CengginiπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Alhamdillah..perkongsian yg amat baik dri saudara..moga² student mmbtulkan balik niat mereke dlm menuntut ilmu..

    ReplyDelete
  14. Semoga yng mmbaca.. in syaa Allah diberi kesedaran dalam mmperbetulkan niat dalam setiap amalan yng cba mereka lakukan

    ReplyDelete
  15. betul . Saya setuju dengan pengisian blog ni πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete