Wednesday, 16 May 2018

Hukum mencarut

Dalam islam , kata kata kotor , makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata kata kotor itu timbul daripadanya akhlak yang rendah dan jiwa yang hina .

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda , mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka. (Riwayat al Bukhari dan Muslim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah olehmu semua kata kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain ".

Dalam hadis lain , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Seorang mukmin bukanlah tukang mencela , tukang melaknat orang tukang berkata kotor dan berkata rendah ".

"Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya"

Seharusnya kita perlu mencontohi perilku Rasulullah s.aw yang selama ini hidupnya tidak pernah melontar kata kata yang menyakitkan pendengaran atau melukai perasaan orang lain.

Berkata Anas bin Malik r.a :

"Tidak pernah Rasulullah saw melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mencaci maki. Ketika seseorang mencela Baginda orang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), Baginda hanya mengatakan "apa yang dia miliki"

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.

Abu Hurairah berkata bahawa ia menemui seorag lelaki yang ketagihan minum arak . Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi s.a.w agar dihukum . Di antara para sahabatnya ada mengatakan "saya memukul dengan tangan" , "saya memukul dengan kasut" , dan "saya memukul dengan baju".

Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat) seorang sahabat mengatakan semoga Allah menghinamu ! Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Janganlah kamu memintq bantuan syaitan dalam menghadapinya"

Daripada Abu Darda r.a, katanya Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud :

"Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w : Wahai Rasulullah , doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik . Rasulullah menjawab : Sesungguhnya aku diutuskan bukan untuk melaknat (mengutuk) , tetapi aku diutus untuk memberi rahmat ".

Begitulah Rasulullah s.a.w dengan akhlaknya yang luhur telah memberikan contoh kepada umatnya agar selalu menghindari bertindak melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap permasalahan.

Dengan ini , jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadikan pegangan sesetengah orang bukanlah dari ajaran islam . Ini kerana islam lebih mendahulukan sikap pertengahan pada setiap aspek kehidupan mereka . Bukan sekadar itu sahaja , bahkan islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan iaitu berlebih-lebihan atau sikap lalai.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Al Fatihah 6-7)

Sudah sepatutnya seorang Muslim itu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki , walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak menjadi permusuhan yang mengugat kepada perbuatan dosa.

Daripada Ali bin Abi Talin r.a , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejian itu berada dalam keadaan sama sama berdosa"

Firman Allah yang bermaksud :

"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkaji" (Al-Humazah : 1)

Dalam ayat ini , Allah mengutuk perbuatan jahat , iaitu menyebarkan fitnah , bercajap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat terhadap orang orang lelaki atau perempuan dengan kata kata ataupun secara isyarat , atau perangai , atau secara mengajuk-ajuk , ataupun sindiran atau caci maki.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik , dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik "bukan lah tergolong daripada orang mukmim yang suka mencela , mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor ". (An-Nahl : 25)

Daripada ayat-ayat Al quran serta beberapa hadis yang dipaparkan , jelas membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama Muslim .

17 comments:

  1. Menarik laaaa blog ni.....kena dengan waktunya nak dekat ramadhan pulak tu. penuh pengisian ,bukti yang kukuh fulamak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Betul mencarut dan menghina xelok kerana ia hanya menambahkan dosa

    ReplyDelete
  4. Mnarik.. Mggunakn blog sbagai smber dakwah.. Stu prmulaan yg baik tjuk pon mnarik.. Lagi lagi dh msok bulan ramadhan ni.. Kutg kurgknlh bwat dosa kcil dgn mulut..

    ReplyDelete
  5. Pengisian yg padat.. Bagus la blog ni.. ☺️ Masih valid lg penggunaan blog utk berdakwah..

    ReplyDelete
  6. bagus blog ni, saya suka dengan isu ni, Hukum Mencarut . Ramai sangat orang yang suka menacrut zaman sekarang ni �� pengisian blog ni cukup bagus untuk semua orang . lengkap dan padat ��

    ReplyDelete
  7. Menarik. Pengisian yg padat dan moga bermanfaat buat kita semua.

    ReplyDelete
  8. sudah jadi kelaziman seseorg utk mencarut. semoga info yg dikongsikan dpt menyedarkan kita semua. thumbs up 👍

    ReplyDelete
  9. TQ sis for the sharing. Memang bila hilang sabar kita boleh terrrkeluar bahasa2 yg xsepatutnya. Ya Allah, baru tahu yg syurga diharamkan untuk org2 yg mengeluarkan kata2 kesat. Sama2 lah kita beringat. Selamat berdakwah sista <3

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Penggunaan Hadith yang banyak dapat mengukuhkan sesuatu hujah yang dilontarkan dan menunjukkan akan kemarahan Baginda SAW akan perkara "Mencarut" dan kepincangan akan perkara "Mencarut" ini dalam kalangan ummat manusia semakin bertambah. Harap media ini dapat mengetuk pintu hati mereka yang suka mencarut agar di beri Taufiq&Hidayah, Tahniah di Ucapkan kerana berjaya menerbitkan Media yang berunsurkan dakwah.

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yg baik utk smua.. Terima kasih utk penyediaan block ni

    ReplyDelete
  13. Semoga kita tergolong dikalangan orang" yg tidak mngeluarkan kata" kesat Aminn,,.Terima Kasih untk ilmu yg bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah perkongsian yang baik dan penuh pengisian .

    ReplyDelete
  15. Terima kasih semua . Alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. Izin save dan share yaa, terima kasih

    ReplyDelete