Tuesday, 8 May 2018

BERFIKIR SEJENAK : SAHABAT ATAU MUSIBAT

Sahabat atau Musibat ? Baiklah yang ingin dikhabarkan adalah yang baik baik sahaja. Sudah kebiasaan kita dengar mengenai sahabat tetapi manusia alpa untuk memilih sahabat yang baik. Dalam bersahabat pasti kita akan berjumpa sejenis yang musibat. Jangan cepat terburu buru dengan andaian. Adalah baiknya kita cuba mengubahnya ke arah yang lebih baik. Sejahat jahat manusia pasti ada sifat baiknya di dalam hati. 

Ya benar, bukan mudah untuk mengubah seseorang menjadi yang lebih baik tetapi mencuba dan berusaha dengan IzinNya pasti ia boleh berlaku. Tetapi kita semestinya harus mencari sahabat yang baik baik yang dapat mendekatkan kita dengan Maha Pencipta Sekalian Alam. "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."

"Diumpamakan sahabat yang soleh dan sahabat yang tidak baik ialah seperti (bersahabat) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapatkan bau harumnya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik ? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

"Wahai anakku, sekirannya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut." 


  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut) 
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. 


Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, "Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah." Dalam satu hadis yang bermaksud, " Seseorang akan mengikuti pendirian ( kelakuan ) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawann (teman)."

Sufyan As-saury berkata, "Siapa yang bergaul dengan orang harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula."

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti ini :


  • Sahabat yang tamak : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat yang hipokrit : ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatangkan, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia akan menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu : Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu dan dibelakangmu ia merendahkan dirimu.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan : ia menjadi kawanmu jika engkau suka akan hiburan , suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Sesungguhnya sahabat yang baik adalah apabila dia tiada kelak pun akan disebut-sebut kerana jasa dan kebaikannya. Bukan apabila dia tiada menjadi keseronokan pada orang lain. Jom kita cari sahabat yang baik.

Rasulullah SAW bersabda , 

"Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang mukmin yang bertakwa"





14 comments:

  1. Berhati2 dalam memilih kawan . Good advice

    ReplyDelete
  2. Thank you for this good sharing ! 😍

    ReplyDelete
  3. Pilihlah kawan yang baik baik yang bole mengajak kita ke syurga bersamanya . InshaaAllah amin 👍 terbaikk !

    ReplyDelete
  4. Pilihlah kawan yang baik baik yang bole mengajak kita ke syurga bersamanya . InshaaAllah amin 👍 terbaikk !

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah kawan sampai syurga.. nice info

    ReplyDelete
  6. Thank you for the advices and kudos to the writer for a good writing!

    ReplyDelete
  7. Pengisian yang padat . Bagus blog ni dijadikan sebagai salah satu bahan untuk berdakwah 🤗

    ReplyDelete