Tuesday, 8 May 2018
AQIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM
1. PENDAHULUAN:
Akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam, kerana ia merupakan titik tolak permulaan seseorang muslim. Akidah memberi kesan yang besar dalam pembentukan individu dan masyarakat kcrana ia merupakan penggerak utama terhadap pembentukan kesan positif dalam diri individu dan masyarakat. Iman dan akidah adalah satu bentuk kefahaman yang tidak dapat dirasa melalui pancaindera tetapi pemiliknyanya akan dapat merasai kemanisan iman atau akidah yang dipegangya. Justeru itu sctiap individu hendaklah mensyukuri serta memelihara keimanan yang mereka miliki di samping mempertingkatkannya kerana iman dan Islam itu adalah nikmat yang paling besar kepada seseorang Muslim.
2. PENGERTIAN AKIDAH
Dari sudut bahasa, perkataan 'aqidah adalah berasal daripada kalimah bahasa Arab. lanya berpunca daripada akar kata 'aqd yang membawa erti ikatan atau simpulan. Manakala dari sudut istilah pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai melainkan dengan kehendak dirinya sendiri dan dengan izin Allah s.w.t. Akidah Islam bererti kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, tetap, kekal, pasti dan kudus seperti yang ditentukan oleh Islam, atau dengan perkataan lain ialah kepercayaan dan keyakinan yang kuat dalam jiwa seseorang terhadap Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul-Nya.
3. ASAS-ASAS AKIDAH
• Beriman kepada Allah
• Beriman kepada malaikat
• Beriman kepada rasul
• Beriman kepada kitab
• Beriman kepada hari akhirat
• Beriman kepada Qada’dan Qadar
3.1 BERIMAN KEPADA ALLAH
Beriman kepada Allah merupakan perkara yang paling asas dan ianya mendasari seluruh ajaran Islam. Bermula dengan keimanan kepada Allah inilah akan bercambah kepada keimanan-keimanan yang lain dan ia merupakan semulia-mulia keimanan. Iman kepada Allah merupakan dasar utama dalam acuan keimanan. Sementara rukun iman yang lainnya merupakan implikasi dari rukun pertama ini. Semuanya merupakan bahagian dari iman kepada Allah s.w.t dan terbit atas landasan iman kepadaNya. Iman kepada Allah mencakupi keimanan kepada wujudNya, keesaanNya, ketuhananNya, nama-namaNya yang baik (Asma'ul Husna) dan sifat-sifatNya yang Agung yang mencerminkan kesempurnaan dan kesucianNya dari seluruh sifat kekurangan dan kelemahan.
a) BUKTI KEWUJUDAN ALLAH
Tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang terdapat di alam nyata ini adalah merupakan objek yang dapat dilihat oleh pancaindera mata dan untuk mendengar segala bunyi dan melihat serta memerhati segala kejadian makhluk yang cliciptakan oleh Allah s.w.t. Antara ialah kejadian langit dan bumi dengan segala isi kandungannya, bukit-bukau, gunung-ganang, pokok-pokok yang bermacam jenis, binatang-binatang yang tidak terkira jenisnya, lautan yang terbentang luas dengan segala kandungannya, ombak yang tidak henti-henti memukul pantai, awan yang berarak, hujan yang turun menimpa bumi, ribut petir, bulan bintang serta matahari dan sebagainya, adalah menjadi bukti-bukti kewujudan Allah
3.2 BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang bersifat halus dan termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib. Mereka hidup dialam yang berbeza dengan kehidupan alam semerta yang kita saksikan. Hanya Allah sahaja yang mengetahui keadaan dan hakikat malaikat yang sebenarnya. Beriman kepada malaikat bererti seseorang itu wajib memiliki iktikad atau keyakinan yang sebenar-benarnya bahawa Allah mempunyai beberapa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium dan dirasa. Kewujudan malaikat tidak dapat dikesan dengan menyelidikan dan pemikiran. Sumber pengetahuan kita berkaitan dengan malaikat ialah daripada al-Quran dan al-Sunnah.
3.2.1 KEJADIAN DAN HAKIKAT MALAIKAT
Hakikat kejadian malaikat adalah berbeza dengan kejadian manusia dan jin. Malaikat diciptakan daripada cahaya (nur). Malaikat diciptakan berupa makhluk yang bersayap. Di antaranya ada yang bersayap dua, tiga dan empat. Ada pula yang lebih dari itu. Semuanya ini adalah menunjukkan nilai dan kedudukan malaikat-malaikat itu di sisi Allah s.w.t dan juga tentang kekuasaannya cepat atau lambatnya berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Sehubungan dengan ini, perlu dinyatakan bahawa sayap malaikat-malaikat itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib yang wajib setiap orang yang beriman mempercayainya tanpa mempersoalkan bagaimana keadaan, sifat bentuk, warna dan lain-lainnya kerana orang-orang yang beriman tidak di wajibkan untuk mengetahui perkara-perkara tersebut di mana Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak memberitahu mengenai perkara itu.
3.2.2 TUGAS MALAIKAT
• Malikat Jibril – menyampaikan wahyu
• Malaikat Mikail – menguruskan hak ehwal kehidupan
• Malaikat Israfil – meniupkan sangkakal
• Malikat Izrail – mengetuai malaikat mengambil nyawa
• Malaikat Ridhwan – mengetuai malaikat menjaga syurga
• Malaikat Malik – Ketua malaikat menjaga neraka
• Malaikat Raqib dan Atid – menulis amalan manusia
• Malikat Mungkar dan Nakir – menyoal orang mati.
3.3 BERIMAN KEPADA KITAB
Allah s.w.t. telah mengutuskan para Rasul-Nya untuk menyampaikan ajaran-ajaran, hukum-hukum dan peraturan hidup kepada umat manusia untuk mencapai keselamatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ajaran-ajaran tersebut ada tercatat dalam kitab dan ada yang tidak diketahui, tetapi yang jelasnya setiap nabi menerima risalah untuk disampaikan kepada kaumnya. Oleh itu, manusia disuruh mempercayai kitab-kitab yang diturunkan-Nya kepada nabi-nabi dan Rasul-Nya. Antara kitab-kitab yang diturunkan ialah:
• Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud A.S. dan Allah telah berfirman : “Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah nabi-nabi atas setengahnya dengan yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.” ( Al-Isra’ : 55)
• Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa A.S. dan Allah telah berfirman “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi menyerah diri (kepada Allah)menetap hukum bagi orang-orang Yahudi….” (Al-Maidah:44)
• Kitab Injil ini diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Dalam kitab ini dinyatakan perintah Allah supaya mengesakan_Nya dan larangan menyekutukan-Nya dan disebut nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanpun kitab-kitab Injil yang ada sekarang telah banyak diubah .
• Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan merupakan kitab yang terakhir. Ia diturunkan ketika manusia terutamanya orang Yahudi dan Nasrani berada dalam persengketaan dan perselisihan dalam pelbagai masalah termasuklah masalah ketuhanan dan kerasulan. Hakikat ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya: “ Dan Kami turunkan kepadamu(wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya” (Al-Maidah:48)
3.4 BERIMAN KEPADA RASUL
Allah telah mengutus nabi dan rasul kepada setiap umat untuk membimbing manusia kejalan yang benar. Nabi ialah orang yang menerima wahyu dari Allah. Nabi yang diperintahkan oleh Allah menyampaikan wahyu dalam bentuk syariat disebut rasul Allah. Oleh itu seorang rasul adalah seorang nabi tetapi seorang nabi belum tentu menjadi rasul. Dalam al-Quran Allah menyatakan bilangan rasul seramai 25 orang. Manakala bilangan nabi sebagimana yang dinyatakan oleh Rasulullah seramai 124,000 orang. Rasul berkewajipan menyampaikan risalah dan wahyu kepada manusia. Oleh itu beriman kepada para rasul bererti mempercayai bahawa Allah telah memilih di antara manusia menjadi utusan-Nya untuk membimbing manusia ke jalan yang lurus. Rasul memiliki empat sifat keistimewaan yang merupakan kelebihan mereka dari manusia lain. Sifat-sifat yang menjadi bukti bagi seorang rasul ialah sidiq (benar),amanah tabligh (menyampaikan) dan fathanah (kecerdikan/bijaksana).
3.5 BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Beriman kepada hari akhirat ialah mempercayai dengan kepercayaan yang jazam (pasti dan tetap) bahawa hidup manusia di dunia ini bukan hidup untuk selama-lamanya sebagai hayat khalidah (hidup yang berkekalan) malah hidup mereka akan berakhir dengan kedatangan "hari akhirat". Mereka juga mempercayai dengan penuh keimanan bahawa manusia itu akan dihidupkan semula, kali yang kedua di negeri akhirat sebagai Darul Jaza' (negeri balasan). Apabila datang hari akhirat kelak, semua manusia berpindah hidupnya dari Darul Amal kepada Darul Jaza', lalu Allah s.w.t membangkitkan semua manusia itu dari kubur mereka. Mereka dihimpunkan di Mahsyar untuk dihisab amalan mereka masing-masing bagi menerima pembalasan daripada Allah Taala. Beriman kepada hari akhirat adalah salah satu dari rukun-rukun iman yang enam yang merupakan perkara utama dalam akidah, malah sebagai unsur terpenting dalam keimanan di samping beriman kepada Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud, Bukanlah perkara kebajikan itu hanya menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat (Al-Baqarah: 177)
3.5.1 HAKIKAT HARI AKHIRAT
Hari akhirat ialah hari musnahnya alam dunia ini dan pada hari itu manusia yang inasih hidup kesemuanya akan mati. Pada hari itu Allah s.w.t mencipta alam yang lain iaitu Alam Akhirat. Di alam akhirat inilah seluruh manusia dibangkitkan, iaitu dihidupkan lagi setelah mereka mati. Rohnya dikembalikan ke dalam tubuh dan mereka akan mengalami kehidupan kali kedua. Setelah manusia itu dibangkitkan dari kuburnya, maka amalan mereka masing-masing akan dihisab untuk diberi balasan.
3.5.2 KEPENTINGAN BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT
• Melairkan manusia yang benar-benar bertanggungjawab dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
• Manusia akan segera bertaubat kepada Allah apabila mereka melakukan kesalahan
• Beriltizam melaksanakan ketaatan kepada Allah
• Kehidupan manusia akan mempunyai matlamat untuk kebahagian yang kekal abadi
• Melahirkan masyarakat yang beriman dan Negara yang berpandukan syaraiat Islam
3.6 BERIMAN KEPADA QADA’DAN QADAR
Allah menyatakan dalam al-Quran bahawa takdir adalah suatu peraturan yang ditetapkan oleh Allah segala ke atas yang ada di alam ini. Jadi segala peraturan-peraturan tersebut adalah merupakan undang-undang umum dan ketentuan yang mengandungi sebab dan musabab atau akibat. Beriman kepada takdir ialah berusaha menjalankan segala undang-undang peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah di mana Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu natijah dan pendahuluannya dan bagi tiat-tiap sesuatu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap suatu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Takdir merupakan ketetapan Allah, namun tidak adan satu makhluk pun dapat mengetahui tentang takdir yang akan diterimanya. Oleh itu, manusia masih diberi harapan dan kesempatan untuk beramal, kerana begitulah hikmah yang diberikan oelh Allah s.w.t. Takdir yang berhubung manusia terbahagi kepada tiga bahagian:
• Takdir Tuhan yang tidak dapat ditolak kerana manusia tidak diberi kuasa untuk menahannya daripada berlaku seperti bentuk tubuh badan, warna kulit, lelaki dan perempuan, ditimpa kemalanagn secara mengejut dan juga tidak berhasul apa yang diusahakan atau sebaliknya. Takdir ini merupakan satu ujian daripada Tuhan bagi menguji kesabaran dan kesyukuran seseorang hamba.
• Takdir Tuhan yang sepatutnya manusia menerima kewujudannya adalah seperti perasaan semulajai yang ada pada diri mereka seperti perasaan ingin makan, minum, perlu kepada pasangan (Berkahwin) dan perasaan ingin bermasyarakat. Takdir ini sesungguh pun manusia kena menerimanya tetapi manusia boleh mengawalnya dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
• Takdir yang manusia diberi kebebasan untuk memilihnya tetapi manusia diberitahu supaya memilih takdir yang mendatangkan manfaat dan kesudahan yang baik, jangan memilih takdir yang mendatangkan kemudharatan dan akibat yang buruk.
4. PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Pembinaan akidah perlu merujuk kepada panduan Allah dan Rasul-Nya. Jesteru itu menjadi kewajipan kepada setiap muslim untu mempelajari dan memahami manhaj Islam Islam yang sebenarnya. Tanpa memahami petunjuk yang digariskan dalam al-Quran dan al-Sunnah, sukar untuk memperolehi hakikat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Beberapa cara mengikut ulama’ untuk memperkukuhkan ketaqwaan dan keimanan:
• Ilmu
• Mengelakkan diri dari suasana dosa dan Jahiliah
• Iltizam meninggalkan yang haram
• Iltizam melakukan ibadat
• Mujahadah Al-Nafs dan muhasabah diri
• Taubat
• Berdoa
5. PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH
1-PERCAKAPAN
Melalui percakapan/ucapan seseorang yang mengeluarkan kata-kata tyang bertentangan dengan akidah Islam seperti ucapan mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman, mempermain-mainkan nama Allah, rasul-rasul_nya, kitab-kitab-Nya malaikat malaikat-Nya, mengatakan undang-undang Islam zalim dan tidak sesuai dengan zaman moden dan sebagainya.
2- PERBUATAN
Akidah boleh rosak melalui perbuatan seperti melakukan upacara-upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam sama ada ditempat-tempat ibadah mereka atau dimana-mana sahaja yang menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam. Contohnya membuat tanda salib, membakar colok untuk beribadah, menyembah pokok, menyembah nafsu, harta dan sebagainya.
3- KEYAKINAN
Iktikad/keyakinan bertapak di dalam hati. Oleh itu, hati perlu dijaga daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan keimanan. Di antara kerosakan akidah dari sudut keyakinan ialah hati tidak yakin dengan Islam atau ragu-ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Menyakini Islam dan peraturan yang diturunkan pleh Allah sama tarafnya dengan peraturan yang dicipta oleh manusia atau lebih baik dan sebagainya.
6. Peranan Akidah Dalam Pembentukan Ummah
Pembinaan tamadun ummah yang berteraskan kepada tauhid telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.. Pembinaan dan pematapan akidah yang dilakukan oleh Rasulullah di Mekah selama 13 tahun mampu membina peribadi yang mantap dan mempunyai daya katahanan yang tinggi dalam mempertahankan Islam dan akhirnya berjaya membina tamadun Islam yang cemerlang dan menjadi model kepada generasi kemudian dalam membina tamadun yang dikehendaki oleh Allah selaras dengan fungsi manusia sebagai khalifah iaitu untuk memakmurkan alam ini. Antara peranan akidah dalam pembangunan ummah ialah;
• Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Islam. Ummah yang memiliki akidah yang mantap akan melaksanakan segala perintah yang diturunkan oelh Allah kepada rasul-Nya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan tanpa dipaksa oleh sesiapa.
• Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup yang jelas. Ummah yang memilki akidah iaitu yang dapat memahami dengan jelas akan halatuju kehidupan mereka sama ada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdi diri kepada Allah dalam sgenap aspek kehidupan mereka.
• Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian yang unggul. Ummah yang yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakhlak. Tanpa akidah tidak mungkin ummah akan memiliki akhlak yang mulia.
• Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis. Ummah yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan kepalsuan.
KESIMPULAN
Akidah adalah tunggak ummah dalam menghadapi pelbagai masalah yang menimpa umat Islam di akhir zaman. Tanpa pembinaan akidah yang mantap segala usaha yang dijalankan untuk mengislhakan ummah pada era mutakhir ini akan menghadapi kegagalan demi kegagalan seterusnya member ruang kepada musuh-musuh Islam mempengaruhi ummah dalam segala aspek kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
๐๐๐
ReplyDeleteMantap
ReplyDeleteBagi nampak jarak antara 2 perengan dan next point ..mudah untuk membaca ..lihat target sasaran pembaca ..kalau untuk budak sekolah dan orang yg baru belajar memang sesuai ..tapi klau untuk mahasiswa seharusnya isi itu diletakkan sekali rujukan serta isi mesti lain drpda yg lain ..supaya pembaca tidak bosan
ReplyDeleteSesuatu yang brmanfaat buat masyarakat yng mmbaca
ReplyDeleteBagus..dpt menambahkan ilmu kepada pembaca2 ๐
ReplyDelete���� good sharing
ReplyDeleteMenarik...perkara basic dikembangkan lagi nampak mantap
ReplyDeleteMaklumat yang berguna๐๐๐....bagus๐
ReplyDeleteTerbaik, penerangan yang jelas dan mudah difahami.
ReplyDeletePenerangan yg jelas.
ReplyDeletetopik dan penerangan yang bagus, mudah untuk masyarakat diluar sana faham point yang nak disampaikan๐ค
ReplyDelete