KESELESAAN
PEMBELAJARAN DI SESEBUAH IPTA /IPTS BERBALOIKAH DENGAN KADAR YURAN?
Bismillahirahmanirahim
,Assalamualaikum . dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih .
Allahumma solli ala saiyidina Muhammad wa ala ali saiyidina Muhammad.
Tujuan saya nak karang blog ni ialah untuk
kita tahu masalah di sebuah university. Masalah pasal yuran di universiti
masing-masing selalu sangat kita dengari
atau hadapi.Yela,ada yang yuran mahal tapi dalam kelas banyak fasiliti yang tak
berfungsi (saya maksudkan rosak).contoh aircond , meja,kerusi dan lain-lain
lagi. Masalah ni bukan baru tapi dah lama.Bab kemudahan sesebuah ipta / ipts
sangat penting untuk pembelajaran pelajar sebab itu kena dijaga dengan
sebaiknya jika rosak cepat-cepat baiki atau ganti.
Seterusnya
pihak atasan, saya maksudkan rektor,naib rektor,canselor dan sesiapa
yang berkaitan TIDAK BOLEH SESEKALI mengabaikan kebajikan pelajar.Secara
faktanya siapa lagi yang boleh menaikkan nama sesebuah ipta/ipts kalau bukan
dengan pencapaian mahasiswa. Selain itu, sistem pengurusan masih berada dalam
tahap yang proaktif.Contoh Sistem portal pelajar yang lambat untuk dibuka,wifi
lambat dan lain-lain lagi laa.
Apa yang perlu buat sekarang ni pihak yang
berkaitan haruslah jalankan tugas dengan baik dan amanah.Jadilah orang yang
menjalankan sesuatu kerja kerana Allah In shaa Allah.Yang penting jagalah
keselesaan untuk pembelajaran pelajar dan untuk pengajaran
pensyarah.Wallahua’lam.